Saturday, April 10, 2021

Bajet ketenteraan China meningkat 6.8% pada 2021

Beijing merancang untuk membelanjakan AS$210 bilion untuk sektor pertahanan tahun ini.

Other News

Bajet ketenteraan China dijangka meningkat 6.8% pada tahun 2021, kata Kementerian Kewangan China pada Jumaat.

Ketegangan ketenteraan meningkat sejak beberapa tahun lalu di antara China dan negara saingannya termasuk Amerika Syarikat (AS), India, selain kawasan-kawasan sempadan di Himalaya, Taiwan dan Laut China Selatan.

Beijing merancang untuk membelanjakan AS$210 bilion untuk sektor pertahanan tahun ini. Negara itu berada di kedudukan kedua selepas AS dari sudut perbelanjaan ketenteraan di peringkat dunia.

Kadar peningkatan yang bertambah dari 6.6% pada 2020, diumukan kementerian pada majlis pembukaan mesyuarat tahunan legislatif kerajaan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, China membelanjakan ratusan bilion yuan bagi usaha memodenkan sektor ketenteraannya. Ia juga bagi mengubah negara itu sebagai kekuatan bertaraf dunia yang dapat menyaingi kekuatan AS dan kuasa Barat yang lain.

Sejak setahun lalu, Beijing berulang kali menggunakan kekuatan tenteranya untuk mengancam Taiwan yang memiliki kuasa autonomi dari China. Negara itu sering menerbangkan jet pejuang ke ruang udara Taiwan yang disifatkan provokatif.

Selain itu, China juga sering bertembung dengan kapal rondaan laut AS di Laut China Selatan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles