- Iklan -
Berita

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Umno Zahid Hamidi mahu Parlimen bersidang susulan titah Agong. Gambar: Bernama
Presiden Umno Zahid Hamidi mahu Parlimen bersidang susulan titah Agong. Gambar: Bernama

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mengatakan sidang Dewan Rakyat boleh diadakan dalam tempoh proklamasi darurat.

Katanya, BN menyambut baik titah Agong yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip keluhuran Perlembagaan.

Tambahnya BN sentiasa berpegang, nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membendung wabak Covid-19 melalui Pengisytiharan Darurat serta Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 perlu memastikan suara rakyat di Parlimen tidak diabaikan.

Sementara itu katanya, BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

”Dalam perkara ini, BN memohon ampun kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya kenyataan menteri tersebut menyinggung hati Agong,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan mesyuarat bersama parti komponen BN malam ini di Kuala Lumpur.