Friday, June 18, 2021

Kes baru Covid-19 kembali lepasi 2,000, catat angka 2,063

5 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

Other News

Sebanyak 2,063 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 307,943 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,922 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 283,629 kes.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 630 kes diikuti Sarawak (361), Pulau Pinang (337), Johor (225) dan Kuala Lumpur (120),” katanya dalam taklimat harian Covid-19 hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 23,161.

“Daripada jumlah itu 193 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 99 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 5 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,153 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles