Sunday, April 11, 2021

Dua maut, tiga parah dalam runtuhan jejambat di MRR2

kesemua mangsa adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun.

Other News

Runtuhan di lebuh raya semalam mengorbankan dua wanita manakala tiga lagi cedera parah setelah van dinaiki mereka dihempap sebahagian struktur binaan jejambat yang runtuh dalam kejadian di Desa Tun Razak, semalam.

Van yang membawa mangsa dihempap jejambat yang runtuh dalam satu projek pembinaan di Lebuhraya MRR2 laluan Pandan Indah ke Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian petang semalam, van tersebut sedang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan dua mangsa terbabit disahkan maut di tempat kejadian.

Insiden tersebut turut menyebabkan kesesakan jalan raya ekoran penutupan dua lorong kanan.

Beliau berkata kesemua mangsa adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk mengeluarkan mangsa termasuk menggunakan kren.

Seramai 23 anggota dengan tiga jentera FRT bersama 2 EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak, dan Cheras diarahkan ke lokasi sejurus kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk mengeluarkan mangsa termasuk menggunakan kren.

“Pemandu van berkenaan dikeluarkan pada pukul 8.55 malam dan mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada 9.27 malam.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi

Dalam pada itu, Zulkefly berkata pihaknya menerima laporan sebuah treler yang membawa muatan telah melangggar perancah besi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke).

Zulkefly turut menambah, pemandu treler warga tempatan tersebut telah membuat laporan polis dan akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles