Wednesday, August 4, 2021

Bersatu akan bincang keputusan Umno tolak kerjasama PRU15

Bersatu juga akan membawa perbincangan itu dalam mesyuarat bersama parti gabungan Perikatan Nasional.

Other News

Bersatu akan membincangkan keputusan Umno yang tidak akan bekerjasama dengannya dalam pilihan raya umum akan datang di samping turut mengesahkan surat yang diutus Presiden umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam sebuah kenyataan, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata parti itu akan mempertimbangkan keputusan Ahli Majlis Tertinggi Umno yang menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan hanya kekal menyokong Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan.

“Biro Politik mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini.

“Pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi
Perikatan Nasional akan datang bersama parti-parti komponen Perikatan Nasional yang lain iaitu PAS, Star, SAPP dan Gerakan.”

Petang semalam, Biro Politik Bersatu telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan surat presiden Umno bertarikh 26 Februari 2021 kepada Presiden Bersatu berhubung keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 19 Februari lalu.

Terdahulu, bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa menggesa presiden Umno untuk menjelaskan kepada ahli parti berhubung keputusan terbaru Umno tersebut.

“Ahli juga perlu tahu, apakah benar dua perkara tersebut sememangnya diputuskan oleh mesyuarat MKT.

“Jika benar tentu ahli mahu tahu,rasional keputusan itu dibuat sekarang,sedangkan pilihanraya tak tahu bila,” kata Annuar.

Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutan lantikan pentadbiran Perikatan Nasional berkata, banyak persoalan timbul mengenai pendirian Umno itu selain turut mempersoalkan keputusan yang dilihat melangkaui fungsi Perhimpunan Agung Umno yang menetapkan dasar utama parti.

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles