- Iklan -
Berita

Vaksin cukup untuk setiap individu dewasa di AS

Presiden AS Joe Biden jamin rakyat negara itu mendapat vaksin Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Joe Biden menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.  Gambar: AP
Joe Biden menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Gambar: AP

Menjelang akhir Mei, bekalan vaksin Covid-19 mencukupi untuk setiap dewasa di Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Joe Biden pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap pada taklimat Rumah Putih, Biden berkata ketika pentadbirannya mengambil alih, “kontrak vaksin yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini hampir tidak mencukupi untuk melindungi orang dewasa di Amerika.”

“Kami tambah. Kira-kira tiga minggu lalu, kita dijangka mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi untuk orang dewasa menjelang akhir Julai.

“Dan hari ini, saya berbesar hati mengumumkan negara ini akan mempunyai bekalan vaksin yang cukup, untuk setiap orang dewasa di Amerika menjelang akhir Mei.

“Itu pencapaian yang sangat penting,” katanya.

Biden turut mengumumkan dua syarikat farmaseutikal terbesar dunia yang sebelum ini sentiasa bersaing, tetapi kini akan bekerja bersama untuk vaksin.

“Johnson & Johnson dan Merck akan bekerjasama untuk memperluas pengeluaran vaksin Johnson & Johnson,” katanya.

Menurutnya Johnson & Johnson turut mengambil langkah tambahan untuk mempercepat pengeluaran vaksin dengan beroperasi 24 jam sehari.