Friday, June 18, 2021

SPRM tahan setiausaha politik Xavier dalam siasatan kes rasuah

Fazly Razally antara beberapa individu berkait bekas menteri itu yang disiasat kerana rasuah.

Other News

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan setiausaha politik kepada bekas menteri, Xavier Jayakumar, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Sumber yang mengetahui berhubung siasatan rasuah dikaitkan dengan kementerian air, tanah dan sumber asli yang diketuai Xavier sebelum ini berkata, Fazly Razally direman berhubung siasatan berkait dengan kontrak perlombongan pasir.

Fazly ditahan lebih seminggu selepas SPRM membebaskan MA Tinagaran yang dikatakan Xavier sebagai rakan keluarga terdekat.

Tinagaran ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat, dalam serbuan SPRM yang turut merampas wang tunai sebanyak RM1.2 juta dan kereta mewah.

SPRM turut membekukan akaun bank individu dan syarikat yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM77 juta.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki turut mengesahkan yang Xavier juga sedang dalam siasatan badan itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles