- Iklan -
Berita

Kes Covid-19 kembali naik di seluruh dunia

WHO mendapati Timur Tengah adalah rantau yang paling tinggi peningkatan kes.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memakai PPE untuk menjalankan kerja saringan Covid-19. Photo: AP
Petugas kesihatan memakai PPE untuk menjalankan kerja saringan Covid-19. Photo: AP

Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 global kembali meningkat sejak seminggu lalu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Lebih 2.6 juta kes baharu dilaporkan minggu lalu, meningkat 7% berbanding minggu sebelumnya, selepas menunjukkan penurunan enam minggu berturut-turut. Ia didorong peningkatan kes di Timur Tengah (14%), Selatan- Asia Timur (9%), Eropah (9%) dan Amerika (6%).

“Kemungkinan peningkatan termasuk penularan varian baharu yang lebih mudah tersebar dan dikenali sebagai VOC, langkah-langkah kesihatan awam dan sosial yang semakin longgar serta msyarakat mula jemu untuk mematuhi langkah-langkah tersebut,” kata WHO.

Sementara itu angka kematian mingguan terus menurun dengan lebih 63,000 kematian dilaporkan minggu lalu, turun 6% berbanding minggu sebelumnya.