- Iklan -
Berita

Australia lanjut penutupan sempadan untuk tiga bulan

Australia mahu mengurus risiko varian Covid-19 dari luar negara.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Australia dilihat sebagai salah sebuah negara yang berjaya membendung penularan Covid-19 ketika ini. Gambar: AP
Australia dilihat sebagai salah sebuah negara yang berjaya membendung penularan Covid-19 ketika ini. Gambar: AP

Australia akan melanjutkan penutupan sempadan sekurang-kurangnya tiga bulan sehingga Jun tahun ini.

Lanjutan itu adalah bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt berkata pegawai kesihatan telah menasihati kerajaan susulan situasi terkini seluruh dunia yang menyaksikan kemunculan pelbagai varian Covid-19.

“Situasi Covid-19 di luar negara memberikan risiko kesihatan di Australia, termasuklah kemunculan pelbagai varian virus ketika ini.

“Ekoran keadaan tersebut, pengawalan sempadan yang lebih ketat sehingga 17 Jun depan akan diteruskan,” kata Hunt pada Selasa.

Australia menutup sempadan antarabangsa ketika awal pandemik diumumkan, ia menutup sempadan negaranya daripada kemasukan warga asing melainkan bagi mereka yang memiliki alasan penting untuk urusan di negara itu.

Dasar yang diambil kerajaan Australia itu juga menyebabkan hampir puluhan ribu warganya terkandas di luar negara.

Pengembara yang dibenarkan masuk ke nagara itu juga perlu menghabiskan wang ringgit untuk bermalam di hotel kuarantin sewaktu ketibaan mereka.

Australia dilihat sebagai salah sebuah negara yang berjaya mengekang penularan Covid-19 hanya dengan 29,000 kes yang direkodkan ketika ini berbanding populasi negaranya yang berjumlah 25 juta penduduk.