- Iklan -
Berita

5 mangsa dihempap jejambat runtuh di MRR2

Jejambat runtuh menghempap sebuah van kilang di Lebuhraya MRR2 laluan Pandan Indah ke Ampang, Kuala Lumpur.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kejadian berlaku pada petang ni. Gambar: Facebook
Kejadian berlaku pada petang ni. Gambar: Facebook

Sebuah van yang membawa lima orang penumpang dihempap jejambat yang runtuh dalam satu projek pembinaan di Lebuhraya MRR2 laluan Pandan Indah ke Ampang, Kuala Lumpur.

Menerusi jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, seramai 23 anggota dengan tiga jentera FRT bersama 2 EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak, dan Cheras diarahkan ke lokasi.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian runtuhan jambatan pembinaan tersebut menghempap sebuah van kilang.

Difahamkan kemalangan itu berpunca daripada sebuah jentera jenis “low loader” melanggar struktur jejambat sebelum menyebabkannya runtuh.

Insiden tersebut turut menyebabkan kesesakan jalan raya ekoran penutupan dua lorong kanan.