- Iklan -
Berita

Wanita ketiga dakwa mangsa gangguan seksual gabenor New York

Cuomo berkata bekas pembantunya "salah faham" terhadap tingkah lakunya dengan mereka.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Andrew Cuomo bersedia untuk disiasat selepas beliau didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pembantunya. Gambar: AFP
Andrew Cuomo bersedia untuk disiasat selepas beliau didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pembantunya. Gambar: AFP

Hanya beberapa jam Gabenor New York Adrew Cuomo menjalani siasatan selepas dua bekas pembantunya mendakwa Andrew Cuomo mengganggu mereka secara seksual, tampil pula wanita ketiga mendakwa perkara serupa.

Cuomo berdepan kritikan dari parti Demokrat yang diwakilinya apabila berkata bekas pembantunya “salah faham” terhadap tingkah lakunya dengan mereka.

Anna Ruch, 33, memberitahu The New York Times bahawa beliau bertemu Cuomo di sebuah majlis perkahwinan pada September 2019. Ketika majlis tersebut, dia mendakwa telah menolak tangan Cuomo ketika lelaki itu meletakkan tangan di bahagian punggung sambil meminta kebenaran untuk menciumnya.

“Saya rasa bingung, terkejut dan malu,” kata Ruch

“Saya palingkan muka dan tak tahu nak cakap apa ketika kejadian itu.”

Cuomo terkenal pada musim luruh lepas selepas berjaya menarik perhatian ramai dalam sidang media beliau berkaitan Covid-19 yang mengambil pendekatan berbeza daripada Donald Trump.

Kenyataan Ruch tampil dua hari selepas bekas pembantu Cuomo, Charlotte Bennett memberitahu The New York Times yang pemimpin Demokrat itu menganggu beliau secara seksual.

Tuduhan Bennett itu disiarkan selepas empat hari seorang lagi pembantu Cuomo Lindsey Boylan mendakwa Cuomo cuba mencabulnya.

Semalam, Pendakwa Raya New York Letitia James berkata bahawa pejabat Cuomo telah menghantar surat kebenaran untuk beliau melaksanakan siasatan bebas terhadap tuduhan dan dakwaan tersebut.

“Ini adalah tanggungjawab yang tak boleh dibuat main, kerana tuduhan gangguan seksual mesti diambil serius,” kata James.

Surat tersebut turut mengarahkan agar semua penemuan daripada siasatan tersebut perlu dibuka kepada orang ramai untuk diakses.