- Iklan -
Berita

PKPB di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang

Perjalanan rentas daerah kini dibenarkan, namun rentas negeri masih dilarang.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Rentas daerah dibenarkan namun rentas negeri masih tidak dibenarkan. Gambar: Bernama
Rentas daerah dibenarkan namun rentas negeri masih tidak dibenarkan. Gambar: Bernama

Kesemua empat negeri yang dilaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP)  seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar status kepada perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara ini diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mendapati trend menunjukkan kes jangkitan Covid-19 semakin menurun.

Sementara itu, PKPB di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dilaksanakan .

Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Labuan yang sebelum ini dikenakan PKPB ditukar status kepada PKPP. Sementara Perlis kekal berstatus PKPP

Pelaksanaan PKPB dan PKPP yang diumumkan Ismail itu akan bermula 5 Mac hingga 19 Mac.
Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa MKN turut bersetuju untuk membenarkan pergerakan rentas daerah kecuali di Sabah.
Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Ismail turut berkata sektor pelancongan dibenarkan beroperasi semula dengan kapasiti 50%.
Selain itu, semua sektor yang sebelum ini tidak dibenarkan beroperasi akan dibenarkan untuk menjalankan semula perniagaan mengikut syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.
“Waktu operasi ditetapkan sehingga 12 tengah malam dan tidak boleh melebihi waktu itu.

“Manakala semua SOP masih dikekalkan seperti yang ditetapkan MKN.”

Ismail Sabri turut menambah semua majlis sosial termasuk majlis perkahwinan turut dibenarkan.
Namun syarat 50% kehadiran atau separuh daripada keluasan tempat majlis yang dijalankan.
“Perkahwinan yang dijalankan juga bukan di dalam dewan jika ia diadakan di luar baru boleh diadakan, tetapi dengan syarat ikut SOP yang ditetapkan.”
Bagi sektor sukan pula, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan boleh dirujuk di laman web MKN.