- Iklan -
Berita

2 rakyat Malaysia import kes baharu Covid-19 di Singapura

Singapura mempunyai dua kluster Covid-19 buat masa ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Singapore reported 31 new cases on Wednesday, bringing its total tally to 58,780. Photo: AFP
Singapore reported 31 new cases on Wednesday, bringing its total tally to 58,780. Photo: AFP

Dua lelaki rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu Covid-19 di Singapura pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi memaklumkan, kedua-dua pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu adalah asimptomatik (tidak menunjukkan gejala).

Setakat tengah hari semalam, Singapura melaporkan 12 kes baharu, semua kes import, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti kepada 59,948.

Setakat ini, kementerian mengklasifikasikan 3,113 kes yang dilaporkan sebagai kes import; 2,324 kes komuniti dan 54,511 melibatkan penghuni asrama.

Singapura mempunyai dua kluster Covid-19 buat masa ini.