Sunday, April 11, 2021

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Other News

Sebanyak 1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 304,135 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,528 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh sebanyak 278,431 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

“Daripada jumlah itu 204 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 96 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 6 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,141 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles