Saturday, December 4, 2021

PBB rayu derma AS$3.85 bilion, cegah kebuluran di Yaman

Kebanyakan program kemanusiaan telah ditutup dan situasi di Yaman semakin buruk.

Other News

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata organisasinya sedang mengumpulkan AS$3.85 bilion pada Isnin bagi mencegah kebuluran berskala besar di Yaman.

Pertubuhan itu turut mendedahkan Yaman yang masih dilanda perang saudara itu kini berdepan ancaman yang teruk apabila kanak-kanak terpaksa menghadapi keadaan dahsyat kebuluran.

Lebih dari 100 negara dan penderma akan menyertai konferens yang dihos Sweden dan Switzerland tersebut.

Ketika ini, pemberontak Huthi di Yaman sedang berusaha untuk mengawal wilayah utara negara itu.

Puluhan ribu warga Yaman terkorban dan jutaan lagi terpaksa berdepan krisis kebuluran di negara yang kini menghadapi enam tahun konflik dalaman. Konflik yang disifatkan PBB sebagai krisis kemanusian terdahsyat di dunia.

Dengan bantuan yang dilihat semakin berkurangan bermula 2020 akibat pandemik Covid-19. Kebanyakan program kemanusiaan telah ditutup dan situasi di Yaman semakin buruk.

PBB dan negara-negara sekutunya telah menerima sejumlah AS$1.9 bilion, sekitar separuh jumlah yang diperlukan ketika ini.

Pada Isnin, PBB menyeru untuk usaha mendapatkan dana segera bagi menyokong 16 juta penduduk Yaman. Dana segera itu mampu membantu sekurang-kurangnya dua pertiga populasi yang sangat-sangat memerlukan bantuan untuk terus hidup.

“Bagi ramai penduduk Yaman, hidup kini sangat-sangat mendesak. Kehidupan kanak-kanak di Yaman sangat dahsyat. Perang telah menelan seluruh generasi muda di Yaman.”

“Kita perlu tamatkan krisis ini sekarang dan berusaha untuk berdepan dengan kesan buruk ini. Ini bukan masanya untuk kita meninggalkan mereka!” Kata Setiasausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles