- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasukkan cecair vaksin jenis Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. Gambar Bernama.

Sebanyak 1,828 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 302,580 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 2,486 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 275,903 kes.

“Johor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 490 kes diikuti Selangor (453), Sarawak (220) dan Negeri Sembilan (167),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

“Daripada jumlah itu 198 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 90 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 5 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,135 orang.