- Iklan -
Berita

‘Jangan potong barisan’, kata Khairy

Kes potong barisan masih berlaku walaupun tarikh dan masa tertentu sudah ditetapkan kerajaan.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Terdapat beberapa kes exco negeri dan pegawai menteri disenaraikan sebagai penerima fasa pertama program vaksinasi Covid-19 meskipun mereka bukan di dalam senarai, kata Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Katanya, kes potong barisan masih berlaku walaupun tarikh dan masa tertentu sudah ditetapkan bagi mereka untuk hadir di pusat vaksinasi.

Menurut Khairy, dia menerima aduan beberapa ahli politik dan pegawai kementerian yang didaftarkan untuk mendapatkan vaksin tersebut walaupun tidak dianggap sebagai barisan hadapan.

Katanya, pihak berkuasa mengeluarkan garis panduan yang jelas siapa yang harus diutamakan dalam program vaksinasi.

“Jangan potong barisan, sila ikut senarai yang ditetapkan,” kata Khairy kepada pemberita hari ini dan menambah kementeriannya akan mengesyorkan kementerian kesihatan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan.

“Pegawai menteri, exco negeri dan menteri besar serta setiausaha ahli politik tidak berada dalam senarai fasa pertama. Mereka tidak boleh potong senarai itu.

“Ahli keluarga menteri atau exco negeri atau wakil yang dipilih juga tidak termasuk dalam senarai itu.”

Menurut Khairy, hanya mereka yang dipilih dalam kalangan barisan hadapan sahaja layak untuk berada dalam senarai fasa pertama untuk menerima vaksin Covid-19.