Saturday, November 27, 2021

Hentikan budaya pakai buang, kata Greenpeace kepada syarikat global

Menyelamatkan lautan dari plastik sekali guna boleh dilakukan pengguna.

Other News

Pengguna mementingkan alam sekitar mungkin akan rasa bersalah membuang sesuatu, katakanlah bekas makanan segera dan garpu diberikan selepas sekali menggunakannya, dan mereka mungkin tidak bersetuju dengan tindakan orang yang berpiknik meninggalkan bekas di tepi pantai mengharapkan pasang surut air laut menghanyutkannya.

Tetapi siapa yang harus disalahkan dalam budaya pakai buang global dan pencemaran disebabkannya?

“Kita mengelar plastik sekali guna sebagai ’pakai buang’ tetapi sebenarnya tiada tempat seperti ‘buang’,” kata Jurucakap Greenpeace Maaysia Heng Kiah Chun kepada MalaysiaNow.

“Apabila kita membuang sesuatu, ia akan pergi ke suatu tempat.”

Sebelum ini MalaysiaNow melaporkan rata-rata rakyat negara ini menggunakan dan kemudian membuang kira-kira 17 kilogram plastik setiap tahun, sama ada dalam bentuk beg, kutleri, straw dan barang pakai buang lain, meletakkan Malaysia sebagai negara ke-5 di dunia paling teruk dalam pencemaran laut.

Akan tetapi apakah “rata-rata rakyat Malaysia” mempunyai alternatif yang realistik untuk mengubah gaya hidup ini?

“Individu yang membuang dengan lebih bertanggungjawab tidak akan memberi kesan di negara yang tidak mempunyai infrastruktur baik,” kata Heng.

“Sekiranya tiada alternatif pengunaan semula, mengurangkan jumlah plastik sekali guna menjadi sangat mencabar bagi seseorang.”

Kini, pandemik Covid-19 menjadikan kebanyakan keluarga sebagai pengguna yang segala keperluannya dari makanan ke perabot dihantar ke rumah mereka menggunakan plastik sekali guna.

“Usaha secara individu untuk membebaskan diri dari plastik pakai buang tidak akan mengubah sistem pembungkusan, pengedaran dan pengurusan sisa,” kata Heng.

“Ini kerana syarikat mengawal bekalan plastik sekali guna dan disebabkan itu bertanggungjawab terhadap pencemaran plastik,” katanya.

“Sebahagian besar pembungkusan mereka akan berakhir di tapak pelupusan atau lautan.”

Kini, pandemik Covid-19 menjadikan kebanyakan keluarga sebagai pengguna yang segala keperluannya dari makanan ke perabot dihantar ke rumah mereka menggunakan plastik sekali guna.

Greenpeace Malaysia menggesa revolusi dilakukan syarikat-syarikat, kerajaan dan komuniti tempatan untuk mengakhiri budaya pakai buang dan memulakan budaya menggunakan barang yang boleh dibersihkan, dibaiki dan digunakan kembali.

“Kerajaan seharusnya mengutamakan polisi untuk mengurangkan penggunaan pembungkusan plastik sekali guna dengan membangunkan alternatif yang menggunakan sistem isi semula dan guna semula dan sistem lain yang tidak bergantung kepada pakai buang,” kata Heng.

Laporan Greenpeace International 2018 bertajuk “ A Crisis of Convenience” mendakwa hampir separuh sampah plastik dunia datang dari Asia.

Laporan itu menyalahkan syarikat Barang Pengguna Cepat Laris (FMCG) seperti Coca Cola, Nestle, PepsiCo dan Unilever kerana mempromosikan dan mengekalkan gaya hidup pakai buang moden melalui pembungkusan produk yang direka untuk digunakan sekali dan dibuang.

Heng berkata, terdapat alternatif kepada pembungkusan plastik sekali guna, yang diamalkan sesetengah kedai sisa sifar. Beliau memetik, “Kotak kadbod guna semula, kertas berbanding pembungkus gelembung, dan makanan dihantar dalam bekas guna semula.”

Katanya, Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna seharusnya dijadikan permulaan positif untuk kempen mengurangkan mengurangkan sisa pencemaran plastik sekali guna di seluruh negara.

“Bagaimanapun,” katanya, “kerajaan seharusnya mengawal produk FMCG melalui Extended Producer Responsibility yang menyebabkan syarikat memberikan komitmen untuk mengurangkan plastik dan melabur kepada guna semula, isi semula dan sistem penghantaran alternatif.”

Ia merupakan perjalanan panjang, tetapi “rata-rata rakyat Malaysia” sekurang-kurangnya mempunyai peluang realistik untuk mengurangkan pencemaran plastik pakai buang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles