Friday, October 29, 2021

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula hubungan dengan PKR, kedudukan dalam PH

Mereka berkata, sudah tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

Other News

Amanah digesa mengkaji semula hubungan dengan PKR dan kedudukan dalam Pakatan Harapan (PH), selepas tiga wakil rakyatnya di Johor menyertai parti pimpinan Anwar Ibrahim itu semalam.

Amanah kawasan Bukit Bintang berkata, tindakan PKR menerima wakil rakyat mereka mengeruhkan hubungan serta mencalarkan semangat setiakawan antara parti-parti dalam PH.

”Kami juga menyokong penuh kenyataan Salahuddin Ayub yang menyesali tindakan parti rakan PH yang menerima Adun-Adun Amanah yang melompat.

“Tindakan ini melambangkan tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk,” kata Amanah Bukit Bintang dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah di Johor menyertai PKR.

Tiga Adun berkenaan adalah Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota).

Tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak) turut meninggalkan parti serpihan PAS itu untuk menyertai PKR.

Mengulas mengenai perkara ini Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah berkata tidak manis untuk PKR menerima tiga lagi Adunnya, berdasarkan semangat setiakawan dalam PH.

“Saya rasa semangat ini disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan,” katanya di Twitter semalam.

Amanah Bukit Bintang berkata, strategi politik parti-parti dalam PH sepatutnya berteraskan pembelaan nasib rakyat yang terkesan atas caca marba pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang masih tiada keabsahan dan bukannya menzalimi sesama rakan parti dalam pakatan dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 jika Parlimen dibubarkan.

Hari ini, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin menyelar PKR dan mengingatkan parti itu agar tidak “hipokrit” dan “lidah bercabang”.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles