Thursday, April 22, 2021

Radzi, 4 guru terima suntikan vaksin Covid-19

Radzi menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri.

Other News

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin bersama empat guru hari ini menerima suntikan vaksin COovid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya Presint 11, di Putrajaya.

Radzi ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin itu turut menyeru rakyat Malaysia termasuk lebih 500,000 guru di seluruh negara untuk segera mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya empat individu tersebut merupakan antara 55,539 guru berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 yang tersenarai menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Masa kena suntik (vaksin)…tidak rasa apa-apa. Alhamdulillah semuanya baik dan semua rakyat Malaysia perlu mengambil ruang ini untuk daftar segera di MySejahtera supaya proses vaksinasi dapat berjalan lancar,” katanya berkongsi pengalaman ketika menerima suntikan vaksin tersebut.

Beliau berkata sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula Isnin ini (1 Mac) dan suntikan vaksin tersebut adalah bagi memastikan keadaan selamat dan selesa untuk murid-murid dan guru-guru di seluruh negara seterusnya agar sesi persekolahan berjalan lancar.

Radzi berkata kementerian pendidikan (KPM) akan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi di sekolah seluruh negara apabila sesi persekolahan bermula supaya sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat.

Ditanya adakah kehadiran murid-murid di sekolah secara bersemuka diwajibkan, beliau berkata ibu bapa harus menulis surat kepada sekolah dengan dokumen sokongan untuk rekod jika tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah atas sebab tertentu seperti kesihatan.

“KPM akan sedaya upaya memastikan sesi persekolahan Isnin nanti berjalan dengan selamat serta menjadi satu ruang untuk anak-anak kembali belajar secara bersemuka,” katanya.

Radzi pada 19 Feb lalu mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes Covid-19 akan bermula pada 1 Mac ini.

Keputusan itu melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua, sementara untuk Tahun Tiga hingga Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles