- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal lebih 2,000, 10 lagi kematian direkodkan

3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kementerian kesihatan bersedia melakukan suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas 'Low Dead Volume' (LDV) ke atas petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Kuantan. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,364 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 298,315 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 270,166 kes.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 862 kes diikuti Johor (314), Perak (305), dan Sarawak (255),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 27,028.

“Daripada jumlah itu 190 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 99 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 10 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,121 orang.