- Iklan -
Berita

Duta AS baru lapor diri di Kuala Lumpur

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Brian Mcfeeters baru melaporkan diri sebagai duta AS yang baru. Gambar: Kedutaan AS
Brian Mcfeeters baru melaporkan diri sebagai duta AS yang baru. Gambar: Kedutaan AS

Bekas penasihat politik di kedutaan Amerika Syarikat (AS) kembali ke Malaysia untuk menjadi duta menggantikan Kamala Shirin Lakhdhir.

Brian McFeeters sebelum ini bertugas di kedutaan AS dari 2009 hingga 2011.

“Sangat gembira dapat kembali ke Malaysia. Sepanjang masa saya di sini sepuluh tahun yang lalu, saya bertuah dapat bertemu dan bekerja dengan ramai rakyat Malaysia yang berbakat dan berdedikasi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka kedutaan AS hari ini.

“Matlamat keseluruhan kami ialah hubungan yang lebih erat dengan rakyat dan kerajaan Malaysia.“

McFeeters yang dicalonkan semasa pentadbiran Donald Trump tahun lepas, fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia.

Beliau mempunyai pengetahuan luas tentang Asia Tenggara dan pernah bertugas di Jakarta dan Seoul.

Sebelum ini beliau merupakan timbalan duta AS di Iraq.

Beliau juga pernah menjadi timbalan ketua misi kedutaan AS di Indonesia dan penasihat politik di Seoul.