- Iklan -
Berita

Kes Covid-19 kembali melebihi 2,000, 11 kematian baru

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) giat menjalankan persiapan di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Kuantan. Gambar: Bernama
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) giat menjalankan persiapan di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Kuantan. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,253 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 295,951 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,085 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 266,846 kes.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 633 kes diikuti Perak (545), Johor (276) dan Sarawak (250),” katanya dalam satu kenyataan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 27,994.

“Daripada jumlah itu 201 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 93 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 11 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,111 orang.