- Iklan -
Berita

Ismail Sabri terima suntikan vaksin Covid-19

Turut menerima suntikan hari ini ialah timbalan menteri pertahanan, ketua setiausaha, panglima angkatan tentera dan panglima-panglima perkhidmatan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kuala Lumpur pagi tadi. Gambar: Youtube
Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kuala Lumpur pagi tadi. Gambar: Youtube

Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada kira-kira 9.30 pagi ini oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Ismail yang tiba sekitar 9.09 pagi melalui lima stesen untuk menjalani proses vaksinasi berkenaan, termasuk melalui saringan gejala, suhu dan stesen pemerhatian selepas diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Turut menerima suntikan pada hari ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Muez Abd Aziz.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jen Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Ackbal Abdul Samad turut menerima suntikan vaksin terbabit hari ini.