Saturday, July 31, 2021

Ketika program imunisasi bermula, teori menentang vaksin muncul dalam bentuk ‘penyelidikan perubatan’

Salah satu dakwaan oleh ‘jurnal perubatan’ memberi amaran vaksin Pfizer boleh menyebabkan penyakit berkait otak.

Other News

Dengan program imunisasi kebangsaan Covid-19 bermula secara besar-besaran di Malaysia, mesej di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp kelihatan peningkatan dakwaan mempersoalkan vaksin itu.

Kali ini, mesej menggunakan istilah perubatan dan petikan akademik, dalam usaha untuk meyakinkan golongan berpendidikan ia bukan “teori konspirasi” palsu menentang pemvaksinan.

Salah satu tulisan yang disebarkan dalam bentuk “artikel penyelidikan” diterbitkan dalam jurnal menggunakan istilah perubatan.

Ia memberi amaran mengenai risiko penyakit prion dan neurodegeneratif berkaitan otak, dalam vaksin Pfizer, yang mula diberikan kepada rakyat Malaysia selepas suntikan dos pertama kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Satu salinan artikel bertajuk “Covid-19 RNA-based vaccines and the risk of prion disease”, ditulis oleh J. Bart Classen, mula dikongsi di media sosial.

Antara lain, Classen mengatakan dia turut tidak menafikan teori bahawa Covid-19 merupakan sebahagian daripada rancangan serangan biologi yang dirancang pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

“Teori sebegini mengingatkan kepada serangan antraks pada 2001 di AS yang bermula di Fort Detrick, sebuah fasiliti senjata biologi tentera Amerika. Oleh kerana siasatan terhadap antraks ditutup atas nasihat FBI, kemungkinan masih wujud pengkomplot yang bekerja dalam pentadbiran AS.

“Dalam senario sebegitu, fokus utama untuk menghentikan serangan senjata biologi dengan menangkap pengkomplot atau serangan tanpa henti. Meluluskan vaksin, menggunakan teknologi RNA baru tanpa ujian ekstensif adalah sangat bahaya.

Vaksin itu boleh menjadi senjata biologi dan lebih merbahaya daripada jangkitan asal,” tulisnya.

Semakan oleh MalaysiaNow mendapati penulis itu merupakan golongan anti vaksin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan ketika dihubungi turut mempersoalkan jurnal “Microbiology & Infectious Diseases”, dengan mengatakan ia bukan diterbitkan oleh penerbitan yang terkenal.

“Terdapat begitu banyak jurnal di luar sana tetapi biasanya antara yang terkenal ialah lancet, BMJ, NEJM,” katanya kepada MalaysiaNow.

Classen mengatakan wujud risiko dalam asid ribonukleik Pfizer atau vaksin berasaskan RNA mampu menyebabkan penyakit prion pada manusia, seperti penyakit Jacob Creutzfeldt (CJD), iaitu gangguan pada otak yang boleh membawa maut sama seperti penyakit lembu gila pada haiwan.

Dakwanya RNA di dalam vaksin mengandungi urutan yang dipercayai bagi mencetuskan TDP-43 dan FUS – protein penambat – yang boleh membawa kepada penyakit berkaitan neurodegenerative.

Namun, pakar KKM mengatakan tiada kes yang diketahui dikaitkan dengan kejadian tersebut, dan menambah risiko yang diketengahkan dalam artikel itu sekadar satu teori.

“Kami vaksinasi lebih daripada 30 juta orang dan belum ada kes membabitkan CJD atau penyakit berkaitan prion,” katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya orang ramai boleh meletakkan keyakinan bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan menjalani ujian dan kawalan kualiti ketat sebelum mendapat kelulusan daripada badan farmaseutikal di seluruh dunia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles