- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jatuh bawah 2,000

12 lagi kematian dicatatkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) berehat selepas menjalankan persiapan akhir di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Kuantan. Gambar: Bernama
Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) berehat selepas menjalankan persiapan akhir di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Kuantan. Gambar: Bernama

Sebanyak 1,924 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 293,761, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,752 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 263,761 kes.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 666 kes diikuti Johor (257), Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218),” katanya dalam satu kenyataan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 28,837.

“Daripada jumlah itu 205 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 91 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 12 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,100 orang.

Sebanyak 105 kes (5.5%) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes), Kluster Damai Pelangi (32 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (15 kes), Kluster Tembok Bendera (13 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Katanya terdapat lapan lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Industri 19 di Selangor (Tempat Kerja)
  2. Kluster SS Lapan di Selangor (Tempat Kerja)
  3. Kluster Industri Jalan Empat di Selangor (Tempat Kerja)
  4. Kluster Jalan Putra Silang di WP Kuala Lumpur (Tempat Kerja)
  5. Kluster Tapak Bina Indera Mahkota di Pahang (Tempat Kerja)
  6. Kluster Kampung Mak The di Perak (Komuniti)
  7. Kluster Jalan Ho Pin di Sarawak (Komuniti)
  8. Kluster Lorong Murni di Pulau Pinang (Kumpulan Berisiko Tinggi)