- Iklan -
Berita

Burger King berwajah baru dalam fasa pandemik

Burger King umum rancangan mengembangkan pasarannya sebanyak 20% menjelang akhir tahun termasuk pelancaran identiti visual baru.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Reka bentuk restoran Burger King yang baru akan membolehkan urusan prosedur penjarakan fizikal dan pengesanan kontak rapat dijalankan dengan lebih efisien. Gambar: Facebook
Reka bentuk restoran Burger King yang baru akan membolehkan urusan prosedur penjarakan fizikal dan pengesanan kontak rapat dijalankan dengan lebih efisien. Gambar: Facebook

Burger King Malaysia hari ini mengumumkan rancangannya untuk mengembangkan pasarannya sebanyak 20% menjelang akhir tahun termasuk pelancaran identiti visual baru dengan perubahan logo, pembungkusan, pakaian seragam kru dan papan tanda serta hiasan restoran.

Katanya reka bentuk restoran Burger King yang baru akan membolehkan urusan prosedur penjarakan fizikal dan pengesanan kontak rapat dijalankan dengan lebih efisien dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti pandu masuk, sistem pesanan kod QR dan aplikasi web.

Cosmo Restaurants Sdn Bhd pemegang francais Burger King Corporation mengatakan penjenamaan semula termasuk membuka restoran-restoran dengan identiti visual baru ini dijangkakan akan mencecah RM30 juta.

“Ini adalah penjenamaan semula lengkap yang pertama dalam jangka lebih dari pada 20 tahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Burger King Malaysia, Ng Lee Tieng.

Burger King Malaysia kini menguruskan lebih daripada 120 restoran di Malaysia dan menyasarkan untuk membuka 25 restoran lagi menjelang akhir tahun 2021.

“Walaupun operasi perniagaan kami terkesan dengan akibat Covid-19 yang melanda negara pada tahun lepas, kami masih melaburkan sejumlah RM22 juta untuk membuka 18 restoran baru,” katanya.

Tambahnya lapan dilancarkan pada bulan Disember lalu dan empat daripadanya sudahpun menggunakan identiti visual baru.

Ng juga berkata bermula Mac tahun lepas, pihaknya membelanjakan lebih daripada RM 1 juta bagi membeli pembasmi kuman, sarung tangan dan pelitup muka untuk semua pekerja dan pengunjung restorannya.

Katanya, Burger King Malaysia juga akan terus berusaha untuk meningkatkan prosedur keselamatannya supaya keselamatan pelanggan dan pekerjanya terjamin.

“Kami juga akan terus menyokong masyarakat dengan cara terbaik kami- menyumbangkan burger segar yang berkualiti tinggi secara percuma kepada barisan hadapan yang bertugas di hospital dan sekatan jalan raya serta mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran.”

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.