- Iklan -
Berita

Tiger Woods cedera dalam kemalangan di California

Bagaimanapun kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali. Gambar: AP
Kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali. Gambar: AP

Legenda golf Amerika Syarikat (AS) Tiger Woods mengalami kecederaan parah pada kaki selepas terbabit dalam nahas jalan raya di California Selatan, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Namun, keadaan beliau dilaporkan stabil,” kata Ketua Balai Bomba Daerah Los Angeles, Daryl Osby dalam sidang media pada Selasa.

Osby berkata kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.

Sementara itu Syerif County Los Angeles, Alex Villanueva berkata kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.

Woods, pernah memenangi lima Kejohanan Masters, kemenangan terakhirnya pada  2019, dan empat Kejuaraan PGA. Beliau juga pernah menjuarai tiga kali Terbuka AS.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.