Thursday, February 25, 2021

Malaysiakini bayar denda RM500,000

Malaysiakini yang diwakili peguam A. Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan denda itu dibayar di kaunter mahkamah hari ini.

Other News

Kenya bans its runners from Tanzania marathon over Covid-19 fears

The Tanzanian government has been criticised for downplaying the seriousness of the pandemic and refusing to take tough measures against it.

Sweden scraps relaxed approach to pandemic on fears of third wave

The country has never imposed the type of lockdown seen elsewhere in Europe, and until now prioritised social distancing over the use of face masks.

Australia passes landmark law requiring tech firms to pay for news

The new law paves the way for Google and Facebook to invest tens of millions of dollars in local content deals, and could prove a model for resolving the firms' tussles with regulators worldwide.

Pregnant migrant sets herself on fire in Greek camp

The authorities had asked her to stay in Greece until her child was born, but she had not understood this, says a ministry source.

YouTube to roll out parent-approved accounts for tweens

The move responds to concerns about violence and other inappropriate content which may be viewed by minors on the massive video-sharing platform.

Mkini Dotcom Sdn Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini membayar denda RM500,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan selepas mendapati syarikat itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.

Mkini Dotcom yang diwakili peguam A. Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan denda itu dibayar di kaunter mahkamah hari ini.

Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Premesh Chandran pergi ke Istana Kehakiman untuk membayar denda itu.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Mkini Dotcom membayar denda itu dalam tempoh tiga hari bermula Isnin (22 Februari).

Mkini Dotcom didenda RM500,000 oleh panel tujuh hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf kerana menghina mahkamah selepas mahkamah mendapati pertuduhan mempermudah penerbitan lima komen pembaca terhadap syarikat itu telah dibuktikan.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan tidak bersalah menghina mahkamah.

Dalam keputusan majoriti 6-1, Hakim Rohana berkata Mkini Dotcom mempunyai kawalan penuh terhadap bahan yang boleh dan tidak boleh diterbitkan, justeru ia harus bertanggungjawab terhadap risiko yang menyusul daripada cara platformnya dioperasikan.

Beliau berkata syarikat itu mempermudah penerbitan komen menghina oleh pihak ketiga, pelanggan.

Hakim lain yang bersetuju dengan keputusan majoriti ialah Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong Lam Kiat dan Abdul Rahman Sebli.

Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan yang membuat keputusan menentang merumuskan, Mkini Dotcom serta Gan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kesalahan menghina mahkamah kerana pemohon (peguam negara) gagal membuktikan melangkaui keraguan munasabah bahawa mereka (responden) memiliki pengetahuan tentang kewujudan komen pihak ketiga serta dengan sengaja berniat menyiarkan komen-komen tersebut.

Pada 17 Jun tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan kebenaran ex-parte peguam negara untuk  memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan berhubung komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 9 Jun, bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1” yang didakwa bersifat menghina.

Pada 2 Julai tahun lepas, Mkini Dotcom dan Gan gagal membatalkan kebenaran yang diperoleh oleh peguam negara bagi memulakan prosiding komital terhadap mereka.

Dilaporkan syarikat itu berjaya mengumpulkan lebih RM500,000 melalui sumbangan orang ramai.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Reaksi kepada kes Malaysiakini tunjukkan politik lebih berkuasa, bukan undang-undang

Keputusan mahkamah perlu dihormati oleh semua pihak tanpa sebarang pertikaian.

Reaction to Malaysiakini verdict shows politics rule, not law

Blind loyalty to certain leaders, by ignoring their moral lapses, is not uncommon in non-Malay politics today.

Jangan hanya sokong mahkamah ketika keputusan berpihak kepada kita

Janganlah apabila sesuatu penghakiman itu tidak mengikut selera kita, kita kata mahkamah tidak adil.

DAP, PKR derma RM80,000 kepada Malaysiakini

Portal Malaysiakini didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

PKR, DAP fork out RM80,000 donation to Malaysiakini

The news portal says it has succeeded in collecting RM505,000, with details on its plans for the extra funds to be issued later.