Tuesday, February 23, 2021

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat

Waran itu dikeluarkan kerana Sajat gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

Other News

Second batch of Pfizer-BioNTech vaccine to arrive Wednesday

The vaccine doses will be distributed to states that have yet to receive supply, says minister Khairy Jamaluddin.

Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap Sajat

Waran itu dikeluarkan kerana Sajat gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

182,520 dos tambahan vaksin Pfizer sampai esok, kata Khairy

Bekalan vaksin tambahan itu akan dihantar ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan.

Facebook to restore Aussie news pages as deal reached on media law

The compromise means that Facebook and Google – the main targets of the law – are unlikely to be penalised so long as they reach some deals with local media firms to pay for news.

Pengeluar makanan kotor perlu dikenakan hukuman berat

Undang-undang berkaitan perlu dipinda bagi membolehkan tindakan lebih tegas terhadap pengeluar makanan kotor.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid [email protected]

Peguam syarie Zuri Zaibuddin Budiman yang mewakili usahawan itu mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kes ditangguh ke 1 Jun depan.

“Saya pun tunggu dia datang, tetapi tiada. Dia diwajibkan hadir pada tarikh baru,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah hari ini.

Selain Zuri Zabuddin, usahawan kontroversi itu turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 36, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan jadual asal, Muhammad Sajjad sepatutnya menghadapi sebutan semula kes tersebut pada 9 pagi tadi, namun hingga prosiding berakhir, kelibatnya tidak kelihatan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Sajat mengaku tidak bersalah berpakaian wanita

Sajat didakwa melakukan kesalahan itu di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam.

Imam masjid Shah Alam positif Covid-19

Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ibu bapa bersesak di pejabat pendidikan untuk proses pertukaran sekolah anak

SOP penjarakan sosial sukar dilaksanakan kerana ibu bapa terpaksa berhimpit dan berbaris panjang bagi mendapatkan pengesahkan dokumen.

Lagi gangguan air di Selangor akibat paip pecah

Gangguan bekalan air di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam.

298 sekolah di PJ, Shah Alam, Subang Jaya tutup mulai esok

Daerah Petaling sudah disahkan sebagai zon merah Covid-19.