Friday, March 5, 2021

Lebih 55,000 guru dipertimbang terima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama

Khairy berkata pertimbangan itu dibuat selepas pihaknya menerima senarai daripada kementerian pendidikan.

Other News

Pengerusi BN terus gesa sidang Parlimen ketika darurat

BN menganggap kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam mencabar kuasa Agong.

PN masih utuh, kata Bersatu

Bersatu menyatakan penghargaan kepada semua parti komponen Perikatan Nasional yang masih setia dengan gabungan itu.

Bersatu says PN still in charge, views Umno decision seriously

The party says its focus is on the economy and the pandemic, and that it takes a serious view of Umno's decision.

Hanya MySejahtera digunapakai bagi solat Jumaat di Selangor berkuat kuasa esok

Sebarang aplikasi pengimbas selain MySejahtera tidak diterima oleh Jais bagi jemaah yang ingin masuk ke dalam masjid dan surau.

BN chief Zahid repeats call for Dewan Rakyat sitting during emergency

The BN chairman also hits out at PAS' Takiyuddin Hassan for ruling out any parliamentary sitting during the virus emergency.

Seramai 55,539 guru yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi akan diusahakan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi berkata pertimbangan untuk memasukkan golongan pendidik dalam fasa pertama program vaksinasi terbesar negara itu dibuat selepas pihaknya menerima senarai daripada kementerian pendidikan.

“Kita akan usahakan untuk masukkan guru-guru ke fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu sebelum tarikh pembukaan sekolah,” katanya pada sidang media selepas meninjau simulasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut serta Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Kementerian pendidikan menetapkan sesi persekolahan bersemuka bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac.

Untuk sekolah menengah pula, sesi pembelajaran bersemuka akan bermula pada 4 April kecuali bagi pelajar Tingkatan Lima yang akan memulakan persekolahan mereka pada 8 Mac.

Mengenai simulasi hari ini, Khairy berkata proses pemberian vaksin oleh kementerian kesihatan ke atas seseorang individu akan mengambil masa 15 hingga 30 minit termasuk tempoh pemantauan terhadap penerima suntikan.

“Ini adalah amalan terbaik dalam memastikan mereka yang menerima vaksin ini selamat,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Vaksin cukup untuk setiap individu dewasa di AS

Presiden AS Joe Biden jamin rakyat negara itu mendapat vaksin Covid-19.

MMA gesa kerajaan senaraikan sektor kesihatan swasta untuk vaksinasi fasa 1

Mereka adalah golongan pertama yang terdedah dengan pesakit Covid-19.

Zoom earnings strong at close of pandemic-plagued year

Zoom took in revenue of US$882.5 million during the fiscal quarter that ended Jan 31, in a 369% increase from the same period a year earlier before lifestyles went remote due to Covid-19.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

‘Jangan potong barisan’, kata Khairy

Kes potong barisan masih berlaku walaupun tarikh dan masa tertentu sudah ditetapkan kerajaan.