- Iklan -
Berita

14 lagi kematian baru, 4,055 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,475.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Jururawat Pejabat Kesihatan Daerah Kinta bersiap sedia untuk menjalankan tugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dijadualkan akan bermula pada 1 Mac depan di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. Gambar: Bernama
Jururawat Pejabat Kesihatan Daerah Kinta bersiap sedia untuk menjalankan tugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dijadualkan akan bermula pada 1 Mac depan di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,468 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 288,229, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,055 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 256,678 kes.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 932 kes diikuti Johor (428), Perak (308), Kuala Lumpur (155) dan Pulau Pinang (155),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 30,475.

“Daripada jumlah itu 196 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 92 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 14 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,076 orang.

Katanya terdapat 13 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Tapak Bina Digital Lapan di Johor (tempat kerja).
  2. Kluster Jalan Wawasan 16 di Johor (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Cyber Sembilan di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Tebrau Pandan di Johor (tempat kerja).
  5. Kluster Jalan Damai di Selangor (tempat kerja).
  6. Kluster Jalan Serendah di Selangor (tempat kerja).
  7. Kluster Subang Tiga di Selangor (tempat kerja).
  8. Kluster Jalan Setiawangsa di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  9. Kluster Jalan Bayam di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  10. Kluster Tapak Bina Jalan Ekar di Negeri Sembilan (tempat kerja).
  11. Kluster Jalan PKNK 3/3 di Kedah (tempat kerja).
  12. Kluster Taman Mawar di Sabah (komuniti).
  13. Kluster Jalan Muhibbah di Sarawak (komuniti).