Sunday, October 24, 2021

Covid-19 dijangka berakhir pada awal 2022, kata pengarah serantau WHO

Covid-19 masih merebak pada 2021, namun ia akan lebih terkawal berbanding tahun lalu.

Other News

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge percaya pandemik Covid-19 akan berakhir pada awal 2022, lapor Agensi Berita Anadolu.

Covid-19 masih merebak pada 2021, namun ia akan lebih terkawal berbanding tahun lalu, kata kepada saluran penyiaran Denmark, DR  pada Ahad.

Menyifatkan situasi terburuk kini berakhir, Kluge berkata terdapat lebih banyak maklumat mengenai virus ini dibandingkan dengan 2020, ketika peringkat awal penularan.

Namun, turut mengingatkan tidak ada sesiapapun yang dapat mengetahui keadaan pandemik Covid-19 pada masa depan.

“Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya.

Kluge berkara mutasi adalah perkara biasa dan virus ini sedang menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti, yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi yang pantas.

Menurutnya, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan untuk melawan jenis virus yang pantas merebak itu, katanya jika perlu vaksin dapat diubah berdasarkan mutasi baharu dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

Beliau berkata mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal namun ia akan memberi lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatannya sudah di tahap sukar.

Masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang telah divaksin berada di kelompok sama dengan golongan tidak divaksin, kerana itu faktor penjadualan memainkan peranan sangat penting, katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles