- Iklan -
Berita

2,192 kes baru Covid-19, 3,414 pulih, 6 lagi kematian dilaporkan

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 32,076.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Kuching menghala ke ibu kota hari ini. Gambar: Bernama
Anggota polis bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Kuching menghala ke ibu kota hari ini. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,192 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 285,761, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,414 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 252,623 kes.

“Selangor kembali mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 910 kes diikuti Kuala Lumpur (303), Sarawak (221), Johor (211) dan Perak (148),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 32,076.

“Daripada jumlah itu 199 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 91 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat enam lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,062 orang.