Friday, March 5, 2021

Vaksin Covid-19 pertama untuk Malaysia tiba pagi ini

Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan lima hari lagi.

Other News

Former DAP reps now members, Bersatu confirms

Paul Yong is a member in Batu Gajah while A Sivasubramaniam is a member in Ipoh Barat.

Kes baru Covid-19 catat angka 2,154

6 kematian akiba Covid-19 dicatat hari ini.

New cases continue to hover above 2,000

2,154 new cases, 3,275 recoveries.

Dua bekas Adun DAP sertai Bersatu di Perak

Kedua-dua mereka merupakan ahli DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu.

Laman web daftar vaksin Covid-19 kini boleh diakses

Laman web ini adalah kali pertama pendaftaran dalam talian dibuka di luar aplikasi MySejahtera.

Setelah lebih setahun negara “berperang” dengan pandemik Covid-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini, akhirnya pada pagi ini, vaksin yang menjadi harapan dalam menangani wabak tersebut bakal “mendarat” di bumi Malaysia.

Detik bersejarah ini dijangka berlaku kira-kira 10 pagi apabila kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd (MASKargo).

Perjalanan vaksin ini adalah dari kilang Pfizer di Belgium dengan penerbangan membawa vaksin itu akan berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain termasuk Malaysia.

Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu akan disambut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Menteri  Pengangkutan Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dengan ketibaan vaksin tersebut, Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan  dalam tempoh lima hari lagi (26 Februari).

Laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), turut meramalkan cuaca pagi dan petang ini di daerah Sepang dan Putrajaya baik iaitu minimum 23 darjah Celcius hingga 33 darjah Celcius.

Dengan ketibaan vaksin tersebut, Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan  dalam tempoh lima hari lagi (26 Februari).

Selaku antara negara terawal di Asia Tenggara selepas Singapura yang akan menggunakan vaksin berkenaan bagi membentuk imuniti terhadap jangkitan virus Covid-19, harapan yang lebih besar bagi 32 juta rakyat Malaysia ialah dapat ‘membebaskan’ negara daripada belengu penyakit itu, supaya situasi kembali seperti sediakala.

Pastinya vaksin yang diakui keberkesanannya dan mendapat kelulusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) itu diharap berjaya “menampan” rakyat daripada menjadi mangsa virus berbahaya itu.

Mengikut perancangan, fasa pertama pada 26 Februari ini, penerimanya merupakan petugas barisan hadapan iaitu anggota KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain- lain yang ditetapkan kerajaan. 

Sebanyak 600 lokasi vaksinasi seluruh negara telah ditetapkan dengan tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan di setiap lokaliti atau kawasan.

Fasa pertama program imunisasi yang bermula Februari hingga April itu akan diikuti  fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan, bersama-sama petugas barisan hadapan.

Pada 11 Januari lepas, perjanjian untuk penghantaran fasa pertama vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b ke seluruh negara dimeterai antara kerajaan, melalui KKM dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd.

Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) membabitkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari, meliputi 20 peratus populasi Malaysia dengan dua dos seorang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Shopee nafi jual vaksin Pfizer

Wujud individu tidak bertanggungjawab mendakwa Shopee menawarkan vaksin Covid-19, Pfizer pada harga RM63.88

Fake news, Shopee says on alleged sale of vaccine

The online shopping platform says no such listings have been found.

Pfizer, AZ Covid jabs ‘highly effective’ in elderly, UK study shows

The study comes as France and Germany consider reversing their refusal to authorise the AstraZeneca vaccine for people over 65 due to concerns of its efficacy.

Get back in line, Khairy warns after cases of politicians cutting vaccine queue

He says his ministry will recommend that the health ministry slap compounds on those who flout the rules.

Tepat masanya murid kembali ke sekolah

Keputusan KPM untuk membuka sekolah adalah bukan keputusan semberono tetapi melalui pelbagai peringkat melibatkan pihak berkepentingan.