Saturday, October 16, 2021

Pendidikan seks lebih daripada sekadar biologi, kata aktivis

Tekanan rakan sebaya, pengaruh internet dan media, kurangnya pendidikan mengenai perlindungan seks memberi kesan kepada remaja bawah umur dan kefahaman mereka mengenai perkara tersebut.

Other News

Kes harian Covid-19 lepasi 7,500

3 killed, 7 injured in Bali quake

New cases hover at 7,500

91.4% dewasa lengkap divaksinasi

91.4% of adults fully vaccinated

Aktivis berpengaruh menggesa pendekatan pendidikan seks yang lebih komprehensif apabila statistik menunjukkan lebih sepuluh ribu gadis bawah umur di negara ini dipercayai hamil setiap tahun sekali gus menyebabkan berlakunya pengguguran kandungan dan pembuangan bayi.

Bercakap kepada MalaysiaNow Marina Mahathir berkata, pendidikan seks seharusnya bukan sekadar aspek biologi pembiakan seksual dan pelajar juga perlu didedahkan kepada topik lain juga.

Ini termasuk perubahan emosi dialami remaja, isu-isu yang berkaitan identitit jantina dan kesamaan serta pendidikan perlindungan seks.

“Biologi hanyalah satu bahagian daripada pendidikan seks,” katanya.

“Walaupun hal ini penting, kita seharusnya membincangkan mengenai apa yang akan berlaku sekiranya orang melakukan seks termasuk bayi dan penyakit kelamin serta cara bagaimana untuk melindungi daripada semua itu”.

Dalam satu kajian baru-baru ini menunjukkan sebanyak 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun.

Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata lebih 1,000 kes pembuangan bayi direkodkan dari tahun 2010 sehingga Mei 2019.

“Biologi hanyalah satu bahagian daripada pendidikan seks,” katanya.

Tetapi jumlah tersebut bukanlah perkara baru.

Peguam hak kanak-kanak James Nayagam berkata jabatan pendidikan merancang untuk memperkenalkan pendidikan perlindungan seks, yang turut dikenali sebagai pendidikan kesihatan masyarakat, sekitar 25 tahun lalu disebabkan peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja.

Marina Mahathir

Cadangan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada remaja bawah umur antara lain seperti akibat melakukan seks tanpa dirancang, penggunaan alat kontraseptif seperti kondom, pil perancang, dan alternatif kepada pengguguran.

Bagaimanapun, perancangan tersebut tidak menjadi kenyataan.

Nayagam berkata kumpulan agama tidak gembira dengan cadangan tersebut dan menolaknya, mengatakan ia akan menggalakkan budak bawah umur melakukan hubungan seks.

Sehingga ke hari ini, pendidikan perlindungan seks kekal tidak diperkatakan disebabkan penentangan itu, katanya.

Sebagai pengganti, kempen kesedaran dilakukan untuk tidak menggalakkan remaja bawah umur daripada melakukan hubungan seks.

Nayagam tidak optimis terhadap keberkesanan kaedah tersebut.

“Apabila anda tidak mempunyai pendidikan tetapi ingin mewar-warkan memberitahu mereka ‘Jangan lakukan ini’ dan ‘Jangan lakukan itu’,‘Jangan melakukan seks’ – realitinya, semakin kita kata ‘jangan lakukan’, semakin mereka akan melakukannya”.

Baginya pendekatan pencegahan sangat penting untuk pelaksanaan pendidikan seks yang berkesan.

Sehingga ke hari ini, pendidikan perlindungan seks kekal tidak diperkatakan disebabkan penentangan itu, katanya.

Berurusan dengan perasaan

Emosi yang dimiliki orang muda dalam hubungan mereka dan bagaimana untuk berdepan dengannya – merupakan satu lagi aspek penting, menurut Marina – juga tidak terdapat dalam kebanyakan pendekatan pendidikan seks.

Marina, yang memperjuangkan pendidikan seks selama 30 tahun berkata, golongan muda seharusnya diajar bagaimana berhubung dengan lawan jenis dan bagaimana menangani emosi apabila timbul dalam hubungan.

“Orang muda bergelut dengan segala macam perasaan dalam hubungan mereka, sama ada gembira atau kecewa dan mereka tidak diajar bagaimana untuk menangani hal itu.

“Sesetengahnya percaya dunia sudah berakhir apabila seseorang yang dicintai meninggalkan mereka,” katanya.

Isu seperti tekanan rakan sebaya dan pengaruh daripada internet dan media berkemungkinan mengubah kefahaman remaja mengenai seks, identiti jantina dan kesamaan yang tidak pernah diajar di sekolah.

Marina berkata tekanan rakan sebaya sering memaksa kanak-kanak untuk menerima norma dalam sesuatu kumpulan agar dapat diterima.

“Remaja lelaki berkemungkinan akan berasa tertekan untuk memiliki pengalaman seksual, walaupun dengan seorang pelacur, untuk merasa sudah dewasa sementara remaja perempuan pula berasa mereka harus mengikut sesetengah norma ‘feminin’ seperti berpakaian dan berkelakuan untuk menarik minat lelaki”.

Katanya, ramai remaja meniru tingkah laku yang diperhatikan dalam ahli keluarga atau media tanpa mempedulikan kesannya.

Nayagam sementara itu menyuarakan kebimbangan terhadap situasi di mana remaja perempuan berakhir sebagai mangsa.

“Usia remaja yang melakukan pengguguran semakin lama semakin rendah,” katanya.

“Saya sudah melihat remaja berusia antara 13 dan 14 tahun melakukan pengguguran sebanyak tiga kali dalam setahun.”

Beliau menggesa ibu bapa agar melibatkan anak-anak dalam perbincangan mengenai seks bagi mengelakkan mereka mendapatkan maklumat daripada sumber yang salah.

“Saya datang dari generasi lama di mana kita tidak membicarakan tentang seks. Tetapi sekarang, dengan anak-anak saya, saya perlu membincangkannya, saya tiada pilihan”.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles