- Iklan -
Berita

Pesakit sembuh kekal melebihi kes baru Covid-19

4,782 dilaporkan pulih, 2,461 kes baru direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap anggota polis di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia hari ini. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap anggota polis di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia hari ini. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,461 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 280,272, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,782 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 244,753 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes diikuti Kelantan (257), Johor (233), Kuala Lumpur (230) dan Sarawak (134),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 34,468.

“Daripada jumlah itu 207 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 91 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat lapan lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,051 orang.

Katanya terdapat 10 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Jalan Tanjung Enam di Johor (tempat kerja).
  2. Kluster Jalan Wawasan 14 di Johor (tempat kerja).
  3. Kluster Batu Dua Setengah di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Lapangan Terbang di Johor (tempat kerja).
  5. Kluster Perdana Tiga di Selangor (tempat kerja).
  6. Kluster Jalan Perusahaan Satu di Selangor (tempat kerja).
  7. Kluster Batu Sebelas di Perak (tempat kerja).
  8. Kluster Jalan Pelabuhan di Perak (tempat kerja).
  9. Kluster Jalan Pasar di Sabah (tempat kerja).
  10. Kluster Tapak Bina Kasia di Negeri Sembilan (tempat kerja).