Thursday, February 25, 2021

Kecam, ketawakan guru sains DidikTV adalah perbuatan buli siber, kata menteri

KKMM juga bersedia menawarkan bantuan kepada KPM, dalam penyediaan kandungan DidikTV.

Other News

Apex court declares Selangor shariah law criminalising unnatural sex unconstitutional

A nine-member Federal Court bench grants a declaration sought by a man accused of attempting to commit sexual intercourse against the order of nature.

Property market holding steady despite pandemic-induced woes

No change reported in overall asking prices for the final quarter of 2020, with the property market expected to improve considerably in 2021.

Kenya bans its runners from Tanzania marathon over Covid-19 fears

The Tanzanian government has been criticised for downplaying the seriousness of the pandemic and refusing to take tough measures against it.

Sweden scraps relaxed approach to pandemic on fears of third wave

The country has never imposed the type of lockdown seen elsewhere in Europe, and until now prioritised social distancing over the use of face masks.

Australia passes landmark law requiring tech firms to pay for news

The new law paves the way for Google and Facebook to invest tens of millions of dollars in local content deals, and could prove a model for resolving the firms' tussles with regulators worldwide.

Tindakan sebahagian warganet mengecam dan mentertawakan, penyampaian seorang guru sains semasa mengajar dalam bahasa Inggeris di saluran televisyen pendidikan DidikTV, merupakan satu perbuatan buli siber, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Beliau yang melahirkan rasa simpati terhadap guru wanita itu berkata, masyarakat seharusnya mengambil kira bahawa guru tersebut bukan seorang pelakon profesional, dan mungkin tidak pernah mengikuti latihan sebelum penggambaran bagi rakaman berkenaan dibuat.

“Beliau tidak patut ‘dibalun’ kerana hanya menjalankan tugas sebagai pendidik… saya juga beranggapan tidak sesuai jika kementerian pendidikan (KPM) diperlakukan (dikecam) sedemikian, kerana ini perkara yang baru dimulakan dan sudah tentu ada kelemahan di sana sini.

“Kelemahan ini perlu difahami dan disusuli dengan usaha membaiki keadaan, bagi memastikan kandungannya lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Parlimen Indera Mahkota, di Pejabat Parlimen Indera Mahkota di Kuantan, hari ini.

Saifuddin juga mengulangi pendirian KKMM, bahawa suatu akta anti buli siber perlu diwujudkan bagi menangani masalah tersebut, yang boleh menyebabkan mangsanya berdepan masalah seperti kemurungan, selain pernah berlaku kejadian bunuh diri yang dipercayai berpunca daripada buli siber.

Saifuddin berkata, kementerian komunikasi dan multimedia (KKMM) juga bersedia menawarkan bantuan kepada KPM, dalam penyediaan kandungan DidikTV, memandangkan kementerian mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), dalam aspek penggambaran.

Saifuddin juga mengulangi pendirian KKMM, bahawa suatu akta anti buli siber perlu diwujudkan bagi menangani masalah tersebut, yang boleh menyebabkan mangsanya berdepan masalah seperti kemurungan, selain pernah berlaku kejadian bunuh diri yang dipercayai berpunca daripada buli siber.

“Kita tidak tahu jumlah mereka yang menjadi mangsa buli siber, kerana ramai yang tidak membuat laporan, sama ada kerana tidak tahu boleh membuat laporan atau berpendapat tidak ada tindakan yang boleh diambil jika membuat laporan. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana berpandangan begitu.

“Kita ada undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kanun Keseksaan, namun berkaitan dengan buli siber, kajian oleh KKMM dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) sebelum ini mendapati, lebih 80 peratus pengamal undang-undang berpendapat kita memerlukan undang-undang khusus bagi buli siber,” katanya.

Sehubungan itu, Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota menjelaskan, KKMM sedang menyiapkan kertas Kabinet untuk mendapatkan keputusan dasar, selain sudah memulakan draf awal rang undang-undang anti buli siber, supaya ia dapat dipercepatkan sebaik sahaja Parlimen mula bersidang.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, yang dilancarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara dalam talian semalam, menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara pertama di rantau ini, yang membina ekosistem 5G.

Ini membolehkan rakyat Malaysia mula menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang hujung tahun ini, iaitu setahun lebih awal berbanding perancangan asal di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), yang diumumkan Ogos tahun lalu.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Property market holding steady despite pandemic-induced woes

No change reported in overall asking prices for the final quarter of 2020, with the property market expected to improve considerably in 2021.

Parents fuelling pandemic-season obesity among kids

Nutritionist Farah Farhana Hashim says some parents are feeding their children unhealthy snacks in an attempt to keep them focused on their online classes.

No uniform, no problem, says Putrajaya ahead of school reopening

Education ministry says tidy and appropriate clothing will be permitted until March 26.

As GPS rides high in Sarawak, no sign of opposition joining forces

Bad blood between PSB and Pakatan Harapan in the state is likely to derail any cooperation, even in the interest of ensuring straight fights with the ruling GPS.

Disabled man turns to loan sharks after losing his stall

With no other way to support his family, Murugan Raju is struggling to repay his debt amid threats from 'ah long'.