Friday, February 19, 2021

Pengasas Sugarbook direman 7 hari

Hakim Noorin Badaruddin mengeluarkan perintah itu selepas usahawan berusia 34 tahun itu tidak membantah dan setuju untuk direman.

Other News

Pemandu lori didakwa bunuh anak tiri

Abu Hassan Darus, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori simen hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Pengasas Sugarbook direman 7 hari

Hakim Noorin Badaruddin mengeluarkan perintah itu selepas usahawan berusia 34 tahun itu tidak membantah dan setuju untuk direman.

Umno didesak singkir Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya

Tajuddin ketika dihubungi tidak menolak spekulasi itu dan tidak keberatan menerima sebarang keputusan ditetapkan parti.

Pressure builds to drop Tajuddin as election director as Umno feels GE15 heat

Talk of an end to his role is fuelled by reported unhappiness over his criticism of other bureaus in the party and a failure to retain Umno's allies.

3 syarikat gergasi global bakal bina pusat data berskala hiper di Malaysia

Microsoft, Google dan Amazon diberikan kelulusan bersyarat untuk membina dan mengurus pusat data dan perkhidmatan awam.

Pengasas aplikasi Sugarbook direman selama tujuh hari bermula semalam selepas Mahkamah Tinggi membenarkan semakan permohonan yang dikemukakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad.

Hakim Noorin Badaruddin mengeluarkan perintah itu selepas usahawan berusia 34 tahun itu tidak membantah dan setuju untuk direman bagi membantu siasatan kes berkenaan dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam permohonan reman terhadap individu berkenaan ditolak oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat selepas individu itu memberi aku janji untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Individu itu yang diwakili peguam T. Shashi Devan dalam hujahnya berkata anak guamnya tidak membantah semakan permohonan berkenaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

“Anak guam kami juga berpendapat ia merupakan platform yang baik untuk dia menyalurkan maklumat yang diperlukan agar siasatan dapat dijalankan dengan cepat dan lengkap,” katanya.

Tambah Shashi Devan, beliau memohon agar mahkamah memberi pertimbangan agar pihak polis tidak menggari tangan anak guamnya ke belakang berikutan anak guamnya pernah mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Permohonan berkenaan kemudian mendapat perhatian Noorin yang kemudian memohon agar pihak polis memberi perhatian terhadap permintaan tersebut.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan Shukor Abu Bakar manakala dua lagi peguam individu itu ialah Foong Cheng Leong dan Low Li Qun.

Terdahulu pengasas laman sesawang dan aplikasi pencarian teman berkenaan  ditahan di ibu negara pada 4.30 petang, 17 Februari.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Mahkamah tolak permohonan reman pengasas Sugarbook

Lelaki yang mengaku pengasas aplikasi berusia 43 tahun itu berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Berhati-hati, kata SKMM ketika semakin ramai wanita guna media sosial cari ‘sugar daddy’

Pengguna terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

Perogol harus dikenakan hukuman lebih berat, kata Zuraida

Saranan itu dilakukan agar kejadian seperti rogol dalam lokap yang berlaku di sebuah balai polis di Miri, Sarawak tidak berulang lagi.

Kes penipuan meningkat kerana pengguna beralih ke dalam talian akibat Covid-19

Sindiket penipuan akan sentiasa berubah modus operandi dengan menggunakan teknologi baru menipu mangsa mereka.

Suhakam suarakan kebimbangan berhubung dakwaan polis guna kekerasan terhadap orang awam

Suhakam mengatakan penggunaan kekerasan haruslah hanya mengikut keperluan dan bersekadar dengan objektif dan tahap tentangan yang dihadapi.