- Iklan -
Berita

Jumlah kes aktif Covid-19 terus menurun, 4,889 dilaporkan pulih

2,936 kes baru, 13 lagi kematian hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Jabatan Kesihatan Labuan membuat saringan terhadap para pengembara yang baru tiba daripada Menumbok, Sabah di pintu ketibaan Terminal Feri Antarabangsa Labuan semalam. Gambar: Bernama
Petugas Jabatan Kesihatan Labuan membuat saringan terhadap para pengembara yang baru tiba daripada Menumbok, Sabah di pintu ketibaan Terminal Feri Antarabangsa Labuan semalam. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,936 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 277,811, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,889 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 239,971 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 978 kes diikuti Johor (730), Kuala Lumpur (227) Sarawak (199) dan Negeri Sembilan (191),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 36,797.

“Daripada jumlah itu 220 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 104 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 13 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,043 orang.

Katanya terdapat 13 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Jalan Kota Murni di Johor (tempat kerja).
  2. Kluster Jalan Murni 12 di Johor (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Tun Mutahir di Johor (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Indah Utama di Johor (tempat kerja).
  5. Kluster Parit Haji Khamis di Johor (tempat kerja).
  6. Kluster Kompleks Perabut di Selangor (tempat kerja).
  7. Kluster Jalan Sementa di Selangor (tempat kerja).
  8. Kluster Singgahmata di Sabah (tempat kerja).
  9. Kluster Kejatau di Sarawak (tempat kerja).
  10. Kluster Jalan Kuchai di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  11. Kluster Jalan Green di Sarawak (komuniti).
  12. Kluster Bukit Petiti di Terengganu (komuniti).
  13. Kubang Jambu di Terengganu (kumpulan berisiko tinggi).