Thursday, December 2, 2021

DAP, PKR derma RM80,000 kepada Malaysiakini

Portal Malaysiakini didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Other News

Parti Pakatan Harapan (PH) DAP dan PKR menyumbangkan sejumlah RM80,000 kepada portal Malaysiakini yang didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas didapati bersalah kerana menghina mahkamah.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa DAP menderma RM10,000 kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching kemudiannya berkata, sebagai tambahan sebanyak 50 wakil rakyat DAP berjanji untuk menyumbang RM1,000 setiap seorang kepada Malaysiakini, menjadikan jumlah sumbangan keseluruhan derma daripada parti itu sebanyak RM60,000.

“Kami bersolidariti bersama rakan-rakan media di Malaysiakini. Malaysiakini memainkan peranan penting sebagai tiang keempat demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara Bendahari PKR Lee Chean Chung mengumumkan partinya akan menyumbang RM20,000 dalam tabung pembayaran denda Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa portal berita Malaysiakini bertanggungjawab kerana menghina mahkamah menerusi komen pembacanya bagaimanapun Ketua Pengarangnya, Steven Gan tidak didapati bersalah atas tuduhan sama.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf membuat keputusan itu pagi ini.

Mahkamah mendenda portal itu sebanyak RM500,000 dan perlu dibayar dalam masa tiga hari mulai 22 Februari.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles