Thursday, February 18, 2021

Rasuah projek hibrid solar, Rosmah Mansor diarah bela diri

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta

Other News

Negeri Sembilan, Sarawak catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 harian tertinggi

kadar kebolehjangkitan seluruh negara pula ialah 0.91.

Learning lifeline for London kids struggling to do online lessons

School closures have revealed the large number of families who cannot afford the laptops or tablets needed for remote learning.

Remembering the spirit of Covid-19 SOPs, not just the letter

While we might like to blame the government for its shortcomings in handling the Covid-19 crisis, we should also do our part to keep the virus at bay.

New Zealand to pull last 6 soldiers out of Afghanistan as violence escalates

Wellington has contributed more than 3,500 defence and other personnel to Afghanistan since 2001, with 10 New Zealanders killed.

Rasuah projek hibrid solar, Rosmah Mansor diarah bela diri

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Rosmah Mansor perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmah, 69, isteri bekas perdana menteri Najib Razak.

“Penilaian maksimum terhadap bukti, saya dapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan yang dihadapi tertuduh,” kata hakim.

Najib turut kelihatan menemani Rosmah pagi ini bagi mendengar keputusan sama ada isterinya itu perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Sogokan itu didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor, sebagai ganjaran kerana menolong Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid dan Penyelenggaraan Operasi Genset Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion daripada kementerian pendidikan melalui rundingan terus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 hingga September 2017.

Pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah kepuasan atau RM10, 000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram sementara peguam Jagjit Singh mengetuai pasukan pembelaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Najib akan temani Rosmah untuk keputusan kes rasuah esok

Esok, Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ada Rosmah perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau dibebaskan.

SPRM sahkan RM1.2 juta tunai dirampas semasa pemimpin PKR berkait bekas menteri ditahan

SPRM juga mengesahkan penahanan dua pengarah syarikat, sebuah kereta mewah disita dan sejumlah RM77 juta dalam beberapa akaun bank dibekukan.

Lelaki ditahan ‘rakan keluarga dekat’, bukan pembantu, kata bekas menteri

Xavier cuba elakkan diri dari terlibat dalam siasatan rasuah yang melibatkan bekas kementeriannya.

Penolong pegawai agama mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,800

Tertuduh Nurul Hazlin mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Kamal Arifin Ismail.

Pegawai khas bekas menteri Xavier ditahan, RM1.2 juta, kereta mewah dirampas

SPRM turut menahan dua lagi dan membekukan RM77 juta dalam akaun beberapa syarikat dan individu.