Wednesday, February 17, 2021

Najib akan temani Rosmah untuk keputusan kes rasuah esok

Esok, Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ada Rosmah perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau dibebaskan.

Other News

Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB

Saksi ke-10 pendakwaan itu mengesahkan bekas pengarah eksekutif 1MDB dan rakan sekutu Jho Low, Terence Geh juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL.

Najib akan temani Rosmah untuk keputusan kes rasuah esok

Esok, Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ada Rosmah perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau dibebaskan.

Pertandingan 3 penjuru PRU15 rugikan politik Melayu-Islam, kestabilan negara

Hasil kajian tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu mengambil kira negeri utara, pantai barat, pantai timur dan selatan.

SPRM sahkan RM1.2 juta tunai dirampas semasa pemimpin PKR berkait bekas menteri ditahan

SPRM juga mengesahkan penahanan dua pengarah syarikat, sebuah kereta mewah disita dan sejumlah RM77 juta dalam beberapa akaun bank dibekukan.

MACC confirms RM1.2 million cash seizure in probe on PKR man linked to ex-minister

It also confirms the arrest of two company directors, the seizure of a luxury car, and the freezing of some RM77 million in several bank accounts.

Najib Razak akan menemani Rosmah Mansor apabila Mahkamah Tinggi memberikan keputusannya esok, sama ada isterinya itu perlu membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bahawa anak guamnya mahu menghadiri prosiding mahkamah Rosmah sebelum menghadiri perbicaraannya sendiri yang dijadualkan bermula 9.30 pagi.

“Anak guam saya mahu berada di sana untuk menyokong isterinya,” kata Shafee.

Sequerah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan perbicaraan kes berkaitan 1MDB itu bermula pada 10 pagi atau apabila prosiding kes Rosmah selesai.

Kes Rosmah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dijadualkan bermula 9 pagi.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Shafee berkata tiga timbalan pendakwa raya dalam kes 1MDB turut memaklumkan kepada hakim bahawa mereka juga akan menghadiri prosiding kes Rosmah.

“Dan saya kemudian memaklumkan bahawa anak guam saya mahu memberi sokongan, sokongan emosi ketika isteri menerima keputusan sama ada dipanggil membela diri atau tidak,” katanya kepada pemberita.

Ditanya adakah Najib akan dibenarkan menghadiri prosiding (kes Rosmah) itu, Shafee berkata tidak ada masalah kerana esok adalah hari keputusan dan bukan perbicaraan (memberi keterangan).

Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB

Saksi ke-10 pendakwaan itu mengesahkan bekas pengarah eksekutif 1MDB dan rakan sekutu Jho Low, Terence Geh juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL.

Najib files appeal against court’s refusal to disqualify Sri Ram

His lawyer says they have strong grounds to appeal against the High Court's decision.

Najib fail permohonan hina makhamah terhadap Tommy Thomas minggu ini, kata peguam

Permohonan bagi prosiding menghina mahkamah sudah siap sebanyak 98%, kata peguam Najib.

Najib expected to file for contempt against ex-AG Thomas, says lawyer

Shafee Abdullah says the defamation suit is 'definite' and the contempt application is '98% complete'.

High Court rejects Najib’s bid to postpone 1MDB trial

Najib had sought to delay the trial pending attempts to obtain the names of 1MDB officials said to have received bribes from Goldman Sachs.