Wednesday, February 17, 2021

Muhyiddin tuntut Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta

Semua tuntutan itu dibuat selepas Puad didakwa memfitnah perdana menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

Other News

Japan starts vaccine rollout with healthcare workers

Japan has so far approved only the Pfizer/BioNTech vaccine, and started administering the first shots at a Tokyo hospital on Wednesday morning.

Muhyiddin lancar DidikTV, saluran khas TV pendidikan

DidikTV mula bersiaran hari ini bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Muhyiddin tuntut Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 juta

Semua tuntutan itu dibuat selepas Puad didakwa memfitnah perdana menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

Wife of North Korea’s Kim reappears in public after over a year

She often used to accompany Kim to major public events but had not been seen since January last year.

Apabila benih kelapa bertukar menjadi pulau

Negara kafir yang bernama UK ini memberikan kebebasan kepada pelajar luar negara.

Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah perdana menteri menerusi hantaran di Facebook minggu lalu.

Dalam surat tuntutan dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad hari ini, Muhyiddin, antara lain, menuntut Mohd Puad memadam kenyataan bertarikh 9 Februari mengenai kuarantin dari laman Facebooknya.

Tuntutan itu dibuat terhadap kenyataan Mohd Puad bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

“Kami diarahkan bahawa kenyataan tersebut mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat,” menurut surat tuntutan yang ditandatangani oleh peguam Muhyiddin.

Firma guaman itu juga diarah untuk menuntut Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka disiarkan secara jelas dan segera di Laman Facebooknya dan semua portal berita dan media sosial yang menyiarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.

Selain itu, Mohd Puad juga dituntut  mengeluarkan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.

“Kami diarahkan untuk menuntut agar bersetuju untuk membayar pampasan kepada anak guam kami sejumlah RM10 juta dan jika gagal menunaikan tuntutan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat ini, maka kami akan mengambil tindakan guaman terhadap anda,” katanya.

Difahamkan surat tuntutan tersebut dihantar melalui e-mel dan juga diserahkan secara tangan kepada Mohd Puad hari ini.

Pada 9 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana perdana menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Saringan sejarah kesihatan sebelum disuntik vaksin, kata Muhyiddin

Selepas suntikan vaksin, pemantauan akan dibuat selama 15 hingga 30 minit di pusat pemberian vaksin, sebelum dibenarkan pulang.

Ahli Parlimen, Adun terima vaksin pada fasa pertama

Perkara itu telah dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Suntikan vaksin Covid-19 bermula pada 26 Februari, kata PM

Fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan dan diikuti kumpulan berisiko tinggi pada April.

Dr Mahathir kecam Muhyiddin, dakwa Agong digambarkan sebagai ‘diktator zalim’

Bekas perdana menteri itu turut mendakwa pengisytiharan darurat tidak sah.

PMO selar bekas timbalan menteri berhubung dakwaan PM enggan jalani kuarantin

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mohd Puad Zarkashi, bekas timbalan menteri pendidikan.