Friday, July 30, 2021

Kes maut melepasi angka 1,000, 5,709 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,396.

Other News

Sebanyak 2,998 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 272,163, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 5,709 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 229,762 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes diikuti Johor (436), Negeri Sembilan (233), Kuala Lumpur (226) dan Sarawak (200),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,396.

“Daripada jumlah itu 231 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 115 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 22 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,005 orang.

Katanya terdapat 13 lagi kluster baru dikesan membabitkan:

  1. Kluster Tapak Bina Jalan Emas di Selangor (tempat kerja).
  2. Kluster Tapak Bina Seksyen Satu di Selangor (tempat kerja).
  3. Kluster Jalan Rawang di Selangor (tempat kerja).
  4. Kluster Jalan Subang di Selangor (tempat kerja).
  5. Kluster Jalan Perindustrian Murni di Johor (tempat kerja).
  6. Kluster Senai Murni Empat di Johor (tempat kerja).
  7. Kluster Jalan Persiaran Cyber di Johor (tempat kerja).
  8. Kluster Pulau Rusa di Terengganu (tempat kerja).
  9. Kluster Industri Tekstil Nilai di Negeri Sembilan (tempat kerja).
  10. Kluster Tapak Bina Jalan Sultan di Kuala Lumpur (tempat kerja).
  11. Kluster Jalan DC di Selangor (kumpulan berisiko tinggi).
  12. Kluster Jalan Paya Manis di Johor (kumpulan berisiko tinggi).
  13. Kluster Jan Yong di Sarawak (komuniti).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles