- Iklan -
Berita

Satu lagi varian baru Covid-19 dikesan di UK

Strain B.1.525 turut dikesan di 10 buah negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Salah satu pusat vaksinasi di London terletak di pusat beli-belah  Westfield Stratford City. Gambar: AFP
Salah satu pusat vaksinasi di London terletak di pusat beli-belah Westfield Stratford City. Gambar: AFP

Satu lagi varian Covid-19 (B.1.525) dikesan di United Kingdom (UK), serta 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS) lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut penyelidik University of Edinburgh dalam satu laporan pada Isnin, strain baru telah ditemui melalui pengesanan genom di 11 negara: UK, Nigeria, Denmark, AS, Perancis, Belgium, Sepanyol, Kanada, Australia, Ghana, dan Jordan.

Denmark mencatatkan jumlah kes tertinggi B.1.525 sebanyak 35 kes, diikuti UK 33 kes, Nigeria 12 kes dan AS 10 kes manakala Perancis setakat ini melaporkan lima kes.

Rantaian terawal strain baru Covid-19 itu dikesan pada Disember 2020 dengan kes pertama muncul di UK dan Nigeria.

Varian baru itu dilihat menyamai jenis Afrika Selatan dan Brazil dan lebih berdaya tahan terhadap antibodi.