- Iklan -
Berita

PKP di Selangor, KL, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan sehingga 4 Mac

Pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit PKP, PKPB dan PKPP dibatalkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Keputusan itu dilakukan selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.
Keputusan itu dilakukan selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan dua minggu lagi bermula 19 Februari hingga 4 Mac ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, semua negeri-negeri kecuali Perlis akan dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB).

“Pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit PKP, PKPB dan PKPP dibatalkan,” katanya dalam sidang media hariannya.

Katanya, Perlis satu-satunya negeri dikenakan PKP Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa tarikh yang sama.

Ismail berkata, keputusan itu dilakukan selepas penilaian risiko dibentang Kementerian Kesihatan (KKM) kepada sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

“Secara umum KKM maklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan bermula minggu kelima tahun ini, iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0.

“KKM juga sahkan trend kes import rentas negeri juga turun mulai 3 Februari lepas. Bagaimanapun, kes masih kekal tinggi di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang,” katanya.