- Iklan -
Berita

Kes sembuh catat angka tertinggi, 5,718 dilaporkan pulih

Sebanyak 2,720 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis ketika melakukan pemeriksaan kepada kenderaan yang melalui sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan di Jalan Tun H S Lee di Kuala Lumpur baru-baru ini. Gambar: Bernama

Sebanyak 2,720 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 269,165, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 5,718 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 224,063 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes diikuti Johor (451), Kuala Lumpur (318), Sarawak (193) dan Sabah (132),” katanya dalam sidang media harian.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 44,129.

“Daripada jumlah itu 253 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 118 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat lapan lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 983 orang.