Monday, February 15, 2021

Tipu bekal sarung tangan RM7 juta, 2 pengarah syarikat didakwa

Kedua-dua dituduh menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan 670,000 kotak sarung tangan tahun lepas.

Other News

4 dead, 14 missing in Indonesia landslide

Rescue crew say they are currently unable to bring heavy equipment to the landslide site.

Tipu bekal sarung tangan RM7 juta, 2 pengarah syarikat didakwa

Kedua-dua dituduh menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan 670,000 kotak sarung tangan tahun lepas.

Tech giants ‘close’ to deals with Aussie media

Australia is poised to adopt legislation that would force digital companies to pay for news content.

Jangan dedah maklumat peribadi ketika melayari laman cari teman, kata SKMM

Pengguna terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah keselamatan siber dan kawalan kendiri.

Penerbitan bukan jaminan jadi profesor, kata naib cancelor UMT

Setiap permohonan kenaikan pangkat yang dikemukakan oleh ahli akademik UMT perlu melalui pelbagai proses saringan ketat, sebelum diluluskan.

Dua pengarah syarikat hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan 670,000 kotak sarung tangan melibatkan kerugian RM7 juta, tahun lepas.

Bagaimanapun, Razalif Mohamad Zain, 30, dan Mohd Razimi Ramli, 31, masing-masing pengarah syarikat Metamorphosis Skills Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama telah menipu Pengarah Syarikat Monosa Holding Sdn Bhd, Mohammad Nor Sakhawi Mohd Subri, 29, dengan memperdayakannya bahawa mereka boleh membekalkan 670,000 kotak sarung tangan Hartalega Nitrile Examination Glove sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang lebih kurang RM7 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Connaught, Cheras di sini, antara Jun hingga Julai 2020, mengikut Seksyan 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ashraf Appoo.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

1MDB: Najib gagal kali ketiga gugurkan Sri Ram

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam siasatan terhadapnya sebagai tidak ada merit.

Pengeluar sarung tangan Malaysia dikecam lagi dalam laporan BBC

Laporan BBC News mendakwa dunia sebilangan pekerja hanya sebatas premis kilang, namun Top Glove nafi dakwaan tersebut.

1MBD: Nama Jho Low tiada dalam minit mesyuarat Kabinet Najib

Bekas timbalan ketua setiausaha (Kabinet) Mazidah Abdul Majid menyatakan perkara tersebut ketika sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Keputusan Rosmah bebas atau bela diri rasuah projek solar 18 Februari

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram.

Gelaran Datuk Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik

Surat penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran terhadap mereka berkuat kuasa 1 Februari lalu.