- Iklan -
Berita

Lebih 4,000 sembuh Covid-19, 2,176 disahkan positif

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 47,335.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Malaysia berdepan . Gambar: Bernama
Warga Malaysia berdepan . Gambar: Bernama

Sebanyak 2,176 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 266,445, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 4,521 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 218,335 kes.

“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 910 kes diikuti Johor (269), Sarawak (246), Kuala Lumpur (182) dan Negeri Sembilan (145),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 47,335.

“Daripada jumlah itu 260 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 112 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 10 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 975 orang.